urustapak.my Log in
Tapak niaga, kini online

Tempah lot. Bayar online. Terus berniaga.

UrusTapak menghubungkan penganjur dan peniaga dalam satu sistem. Setiap lot ditempah oleh peniaga yang disahkan, dibayar dengan resit rasmi, dan boleh di-scan di tapak melalui QR code.

A1 A2 A3Kosong A4 B1Kosong B2 B3 B4Kosong Disahkan
Kenapa UrusTapak

Tempahan lot hari ini masih melalui WhatsApp dan buku catatan

Cara manual menyusahkan penganjur, merugikan peniaga, dan membuka ruang kepada penipuan.

  • Urusan manual

    Ratusan mesej WhatsApp, senarai nama dan screenshot bayaran untuk setiap event.

  • Lot disewa semula

    Lot ditempah atas satu nama, tetapi diusahakan oleh orang lain.

  • Penipuan harga

    Pihak ketiga menjual semula lot lebih mahal atau memungut bayaran palsu.

  • Tiada rekod rasmi

    Bila timbul pertikaian lot atau bayaran, tiada bukti yang boleh dirujuk.

Cara ia berfungsi

5 langkah mudah, dari layout lot sampai scan QR di tapak

  1. Penganjur

    Senaraikan tapak

    Masukkan layout lot, tarikh dan sewa. Hanya penganjur boleh tetapkan harga.

  2. Peniaga

    Daftar sekali

    Isi butiran diri, selfie dan no. lesen atau permit niaga.

  3. Penganjur

    Semak & approve

    Penganjur verify setiap peniaga sebelum tempahan diterima.

  4. Peniaga

    Tempah & bayar

    Pilih lot dan bayar online. Resit dihantar secara automatik.

  5. Di tapak

    Tunjuk QR code

    Setiap tempahan ada QR code untuk di-scan oleh pihak berkuasa di lot.

Untuk siapa

Satu sistem, dua pihak di tapak

Penganjur

Urus tapak tanpa beratus mesej

  • Tempahan dan bayaran masuk ke satu dashboard
  • Nampak lot yang sudah ditempah, sudah dibayar dan masih kosong
  • Bayaran diterima lebih awal dan direkod secara automatik
  • Kenal pasti peniaga yang tidak hadir atau bermasalah
Log in penganjur
Peniaga

Tempah lot dari telefon, bila-bila masa

  • Lihat lot kosong dan tempah tanpa perlu tunggu balasan
  • Harga telus, terus daripada penganjur, dilindungi daripada penipu
  • Resit rasmi sebagai bukti jika berlaku pertikaian
  • Peluang niaga dilindungi untuk peniaga tempatan yang sah
Log in peniaga
Ciri sistem

Dibina untuk tapak niaga Malaysia

  • Verifikasi peniaga

    Setiap peniaga didaftar dengan identiti dan selfie, kemudian di-approve oleh penganjur.

  • Check lesen & permit

    No. lesen penjaja atau permit sementara wajib diisi sebelum tempahan diterima.

  • Layout lot digital

    Lot, tarikh dan sewa dipaparkan dengan jelas. Harga tidak boleh diubah oleh pihak ketiga.

  • Online payment

    Bayar melalui payment gateway, terus kepada penganjur, dengan resit automatik.

  • QR code tempahan

    Setiap tempahan ada QR code sendiri untuk dipaparkan di lot.

  • Blacklist

    Peniaga yang melanggar syarat boleh disekat daripada semua tapak dalam sistem.

Check di tapak

Satu scan, terus tahu siapa yang berniaga

Nama pada tempahan mesti sepadan dengan individu yang berniaga di lot. Maklumat yang keluar bergantung kepada siapa yang scan.

Orang awam

Hanya maklumat umum: nama gerai, lot, tarikh dan status tempahan.

Pegawai yang diberi kuasa

Maklumat penuh peniaga dan status lesen, melalui akaun pegawai sahaja.

Contoh paparan publicLot A2 · Gerai Kuih Mak Long
Tempahan sah
Tarikh
Sabtu, 14 Nov 2026
Kategori
Makanan
Bayaran
Selesai
Data & privasi

Data anda dilindungi

UrusTapak dibangunkan untuk mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

  • Persetujuan anda diminta sebelum sebarang data dikumpul.

  • Data hanya digunakan untuk pengurusan tapak dan penguatkuasaan.

  • Akses ikut peranan. Penganjur hanya melihat data tapak mereka sendiri.

  • Disimpan di server dalam Malaysia, dengan encryption.

  • Data tidak dijual atau dikongsi dengan pihak ketiga.

  • Anda boleh memohon untuk mengakses atau memadam data anda.

FAQ

Ada soalan?

Siapa yang boleh guna UrusTapak?

Penganjur pasar malam, uptown/downtown, car boot sale, bazar dan event yang menyewakan lot, serta peniaga yang ingin menempah lot di tapak tersebut.

Saya peniaga. Apa yang saya perlukan untuk mendaftar?

Smartphone, nombor telefon untuk terima kod OTP, dan no. lesen atau permit niaga anda. Penganjur akan menyemak pendaftaran anda sebelum tempahan pertama disahkan.

Bagaimana bayaran dibuat?

Bayaran dibuat online melalui payment gateway dan masuk terus kepada penganjur. Resit dihantar secara automatik selepas bayaran berjaya.

Siapa yang tetapkan sewa lot?

Sewa ditetapkan oleh penganjur sahaja dan dipaparkan dengan jelas sebelum anda membuat bayaran. Butiran lanjut boleh dilihat selepas log in.

Apa yang orang awam nampak bila scan QR code?

Hanya maklumat umum seperti nama gerai, lot, tarikh dan status tempahan. Maklumat peribadi tidak dipaparkan kepada orang awam.

Saya penganjur. Bagaimana nak mula?

Log in sebagai penganjur, atau WhatsApp kami. Kami akan bantu setup tapak dan layout lot pertama anda.

Sedia untuk berniaga dengan lebih tenang?

Log in untuk tengok tapak, lot dan maklumat lanjut.